Memang comel melihat keletah si kecil, walau sedang marah, wajah itulah yang menjadi penyeri hari-hari. Namun awas, jangan dibiarkan sikap ini berterusan tanpa batasan, bimbang ianya menjadi terbiasa sehingga percakapan harian dengan ibu bapa dilihat sebagai tidak beradab.

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya, jangan apabila sudah meningkat remaja baru diberi teguran, bimbang emosi ketika itu semakin memberontak.

Menurut penulis buku keibubapaan, Siti ‘Aisyah Rozalli, anak-anak digalakkan untuk memberi pendapat dan keinginan, namun haruslah belajar menyatakannya dalam keadaan yang beradab dan sopan.

“Ayah!!! Cepatlah!!! Lambat dah ni!!!” jerit anak sambil muka kerut penuh marah pada ayah.

Ini BIG NO!

Jangan dibiarkan.

Masa kecil, kita rasa cute comel.

Tapi, masa untuk kita tegur perbuatan anak, lebih mudahnya masa usianya kecil yang nampak cute bila marah-marah mak ayah ni.

Nanti, masuk umur 10-11 dah awal remaja baru nak tegur dan betulkan, anak akan mula rasa nak memberontak.

Masuk usia remaja, masih tinggi-tinggi suara, membentak, menghentak dengan mak ayah, dah lagi susah nak tegur.

Masuk usia dewasa, kritik mak ayah tanpa adab. “Hish!”, “Ah!” Jeling mak ayah dah jadi terbiasa. Dah tak boleh nak tegur.

Bukan anak tak boleh suarakan pandangan, pendapat dan keinginan dia.

Boleh sangat.

Digalakkan untuk benarkan anak berani menyatakan isi hatinya.

Tapi, biarlah mereka belajar nyatakan semua tu dalam keadaan yang beradab dan sopan.

.

.

.

Saya bagi satu contoh senario:

Bila anak dah lambat ke sekolah.

“Hish!! Ayah!!! Cepatlah!!!” sambil muka marah menjeling-jeling pada ayah.

Kan lebih manis kalau anak cakap macam ni:

“Ayah, boleh kita cepat? Dah 7.25 ni…”

muka sedih, muka runsing terlewat, tak sama dengan muka geram, marah pada ayahnya.

Tegur anak:

“Tak elok cakap kasar macam tu pada ayah. Cakap sopan-sopan. Macam mana lambat pun kita, cakap dengan ayah, mesti sopan.”

Dan ayah, tak salah untuk minta maaf:

“Sorry, sorry. Jom. Nanti esok kita cuba awal sikit ya. Sorry ya.”

Minta maaf pada anak, bila kita tahu kita yang terbuat silap, tak jatuhkan maruah kita sebagai ayah pun.

Tapi, akan latih anak untuk toleransi dan minta maaf pada orang lain pula.

.

.

.

Tegur anak bila anak berkasar.

Berkasar anak kecil yang belum faham bahasa: pukul mak ayah, jerit-jerit, mengamuk itu normal. Mereka dalam proses faham keadaan sosial.

Tapi, masuk usia 6 tahun ke atas, anak sudah boleh faham tentang akhlak kepada ibu ayah dan orang tua. Didik dari awal.

.

.

.

Contoh tegur:

“Eh? Mana boleh cakap dengan ayah kasar-kasar. Itu ayah kita. Kena hormat.”

“Macam mana cara yang betul bila kita nak jawab mak ayah kita panggil? – saya mama, saya ayah. Ok?”

“Bila ayah bercakap dengan orang lain, tunggu sampai ayah berhenti baru cakap dengan ayah, ok?”

“Tak sopan jeling-jeling pada mama macam tu. Itu mama kita. Jaga akhlak dengan dia.”

“Ya. Mama minta maaf. Memang mama dah lambat hantar kakak sekolah. Tapi, kakak tetap tak boleh jerit, hentak-hentak badan macam tu dengan mama. Kena jaga juga akhlak dengan mama.”

Nanti, bila kita dah biasa. Anak kita dah biasa dan dah faham akhlak dengan ibu bapa ni, kadang kita cuma perlu tegur pendek je.

“Macam mana suara cakap dengan ayah tu?”

“Suara…..” (bila anak tertinggi suara).

“Kaki tu sopan ke?” (bila anak hentak-hentak semasa marah pada kita).

.

.

.

Tegur akhlak anak ni, dan disulami dengan rasa  ikhlas…

Tegur bukan sebab kita nak buktikan pada anak siapa lebih superior…

Tegur sebab kita tak nak anak kita membesar dengan akhlak yang rendah pada kita : ibu bapanya sendiri…

Tegur yang ikhlas, penuh kasih sayang…

Takkan membuatkan anak takut dengan kita.

Tapi, akan membuatkan anak hormat, berakhlak baik dengan kita.

Itu yang Islam ajar kan?”

Kredit : Siti ‘Aisyah Rozalli