Ajaran New Age adalah kepercayaan dan praktis kebatinan seluruh dunia yang telah dikumpul dan disistematikkan oleh tokoh kebatinan Barat. Malah ia sangat fleksibel dan dinamik untuk menerobos masuk ke dalam dunia Islam.

Ajaran ini menggunakan istilah-istilah islamik bagi menggantikan istilah konsep New Age seperti perkataan Universe (merujuk sumber roh) digantikan dengan perkataan Allah SWT, Law of Attraction digantikan dengan istilah magnet rezeki, bibliomancy digantikan dengan istilah istikarah al-Quran dan pelbagai lagi. Ia cukup membimbangkan kerana tersebar melalui buku-buku dan modul program motivasi, seminar membina jati diri atau program melahirkan usahawan.

Ingatlah larangan ALLAH SWT terhadap sikap mencampur adukan ajaran Islam dengan kepercayaan atau amalan kufur:

“Janganlah kalian campur-adukkan antara kebenaran dan kebatilan, dan kalian sembunyikan yang benar padahal kamu mengetahuinya”. (Al-Baqarah: 42)

Perkara ini turut dikongsikan Nini Ruspawan di laman media sosial miliknya berkaitan toksik positiviti yang diamalkan dalam Law of Attraction yang menidakkan semua emosi negatif. Ulasnya, Allah menzahirkan pelbagai perasaan bagi diuruskan dengan baik oleh hamba-Nya, bukan memaksa diri sentiasa positif.

“Ajaran Law of Attraction tu bertentangan dengan ajaran Islam.

Apa yang kita rasa dan fikir tidak menjadi doa. Allah tak zalim pada hamba-hamba-Nya. DIA datangkan pelbagai perasaan untuk kita uruskan dengan baik. Bukan paksa diri sentiasa positif sampai menidakkan rasa marah, sedih, kecewa dan sebagainya. Tu kita panggil toxic positivity.

Saya pernah baca buku The Secret. Psikiatris yang pinjamkan kat saya masa saya warded lama dulu. Membaca buku tu dari kulit ke kulit, memang hakikatnya LoA ni sangat bertentangan dengan ajaran Islam. Berhati-hati la.

It’s ok to feel bad sometimes.

Masa saya belajar DBT dulu, sebenarnya kita tak labelkan emosi tu sebagai positif atau negatif. Takde emosi yang salah. You are entitle to feel whatever you feels. Yang membezakan kita hanya satu, iaitu cara menangani emosi tu.

Kami jugak diajar untuk be mindful, observe that emotions. Never judge those emotions that come in you. Dan kalau dah terrrjudge jugak emosi tu, kami diajar pulak untuk tak judge the judgement. Sampai tahap tu kita diajar untuk berlemah lembut dengan diri.

Sebab dengan cara tu la baru kita ada ruang dan peluang untuk uruskan emosi tu nanti. Kalau semua nak suppress sebab tak boleh fikir dan rasa yang kuban-kuban tadi, lama-lama benda tu akan makan diri. Sebab tu kita panggil ia sebagai toxic positivity.”

Kredit : Nini Ruspawan