Resipi kerabu mangga sotong ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi. Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

BAHAN-BAHAN
5 ekor sotong sederhana besar | potong bulat
1 biji mangga muda | cincang
3 sudu besar sos ikan
1 biji jus limau nipis

BAHAN MAYANG HALUS
2 batang serai
1 batang bunga kantan
2 tangkai daun ketumbar
1 labu bawang besar
1 biji tomato
2 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi

CARA MENYEDIAKAN
1.Sotong dibersihkan dan lumurkan dengan garam. Kukus sotong selama 5 minit. Angkat dan ketepikan.
2.Di mangkuk lain, satukan bahan mayang halus dengan sotong, gaulkan rata.
3.Kemudian masukkan hirisan mangga muda dan sos ikan.
4.Akhir sekali, masukkan jus limau nipis dan sebatikan rasa. Angkat dan hidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port nasi kandar sedap di KL #makanlokal #malaysianfood #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandar #kudubinabdul #fyp ♬ Arhbo [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Ozuna & GIMS & RedOne

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram