Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah MIA

Dari Penulis

MENTOR usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman semalam, diiktiraf sebagai Akaauntan Bertauliah di bawah Institusi Akauntan Malaysia (MIA).

Berita tersebut dikongsikan beliau selepas menerima e-mel daripada MIA yang memaklumkan permohonan beliau sebagai Akauntan Bertauliah diluluskan pada mesyuarat majlis sebelum ini.

“Tak percaya!!! MasyaAllah Tabarakallah baru dapat approval diterima sebagai Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountant)!

“Impian boleh jadi kenyataan! Alhamdulillah!,” katanya dalam akaun Instagram, Azizan Osman Official, semalam.

MIA turut mengucapkan tahniah dan akan menghantar kepada Azizan dalam masa terdekat.

BERITA BERKAITAN Jaga KPI ibu, asbab murah rezeki – Datuk Wira Dr. Azizan Osman

Pengerusi RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) itu perlu mengikuti Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan sebagai ahli.

“Keperluan ini diperuntukan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional),” jelas e-mel itu.

Terdahulu, beliau mendapatkan Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU).

Dalam pada itu, Azizan juga akan membuatkan sesi khas untuk berkongsikan panduan dan tip menjelang tahun baharu bersama-sama dengan bangsa usahawan di Telegram Azizan Osman Official setiap Ahad pukul 7.45 pagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This