Tak tahu nak masak apa hari ini? Apa kata cuba resipi nasi jagung yang Saji kongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

BAHAN-BAHAN:
8 cawan beras basmathi
7 gelas air
1 cawan susu cair
1 tin jagung manis
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan daun bawang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
3 tangkai daun pudina
2 tangkai daun ketumbar (potong 1 inci)
50 gm kismis
2 sudu besar minyak jagung
5 sudu besar marjerin
5 kuntum bunga lawang
5 biji buah pelaga
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
1 batang daun saderi (hiris kasar)
200 gm jagung manis (hiasan)
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bawang kecil, bawang putih,daun pudina, halia dikisar dengan satu cawan air.
2.Kemudian masukkan jagung ke dalam bahan yang telah dikisar. Ketepikan.
3.Beras basmathi dibersihkan dan direndam selama 10 minit. Kemudian tuskan airnya.
4.Panaskan minyak jagung dan marjerin, masukkan kayu manis, cengkih, lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga wangi. Masukkan pula bahan yang telah dikisar tadi.
5.Apabila telah naik baunya, masukkan air, susu,bawang goreng dan tutup periuk.
6.Biarkan mendidih, kemudian masukkan beras basmathi. Kacau sebentar dan rasakan garamnya.
7.Tanak seperti biasa. Apabila nasi hampir masak, taburkan daun ketumbar, jagung dan bawang goreng.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram