Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Zambry Abd Kadir

BEKAS Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz bersama beberapa pemimpin lain akan dilantik sebagai senator bagi membolehkan mereka menyertai jemaah kabinet Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pengumuman oleh Perdana Menteri malam ini, Tengku Zafrul yang tewas ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 di Kuala Selangor baru-baru ini, diberi tugasan baharu iaitu sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Selain Tengku Zafrul, dua lagi pemimpin yang akan dilantik sebagai senator kerana tewas dalam PRU-15 baru-baru ini ialah Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang tewas di Parlimen Kulim Bandar Baharu dan Setiausasa Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Saifuddin diumumkan menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, manakala Zambry pula menjawat jawatan Menteri Luar Negeri.

Sementara itu, Ketua Hakim Syarike, Mohd Naim Mokhtar pula dilantik sebagai Menteri Agama dalam jemaah menteri yang dianggotai 28 orang menteri tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram