KINI hangat di media sosial apabila tular beberapa keping foto dan video bintang Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan (SRK) berada di Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Menerusi perkongsian tersebut, SRK dilihat lengkap berpakaian ihram sedang melaksanakan umrah buat pertama kali sambil ditemani beberapa orang lelaki yang dipercayai pengawal peribadinya di Masjidil Haram.
Memetik laporan India Times, SRK terlebih dahulu menjalani penggambaran filem Dunki di Arab Saudi.
May Allah bless you and reward you for performing Umrah @iamsrk ❤️
— 𝐓𝐨𝐮𝐟𝐢𝐪𝐚𝐥𝐢𝟒𝐬𝐫𝐤 (@toufiqali4srk) December 1, 2022
A truly beautiful sight to see you in our Holy place, Shah Rukh … MashaAllah … my heart is fulll 🥺❤️#ShahRukhKhan𓀠 pic.twitter.com/zG9uBpOPYr
Malah, aktor berusia 57 tahun itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kementerian Kebudayaan Arab Saudi atas hospitaliti dan layanan mesra kepadanya.
Difahamkan juga, SRK turut menghadiri Festival Filem Laut Merah di Jeddah.
Pastinya, berita mengenai kehadiran SRK di Tanah Suci itu telah menarik perhatian peminat seluruh dunia yang rata-rata kagum dan sebak.
“Saya gembira melihat SRK menunaikan umrah. Semoga doa-doa dan ibadah kamu diterima oleh Allah.
“Saya terlalu emosi melihat video ini. Moga Allah menjaga dia dan keluarganya.
“Ini adalah hari yang saya tunggu untuk melihat SRK mengerjakan ibadah umrah dan haji,” tulis peminat.
Filem Dunki merupakan kerjasama SRK bersama pengarah Rajkumar Hirani yang mengisahkan tentang cubaan memasuki negara lain secara haram.
Selain SRK, filem yang bakal ditayangkan pada tahun hadapan itu turut dibintangi oleh Taapsee Pannu.
Blessed day for Shah as he performed Umrah 🤲🏻 May all his prayers be answered n Allah always keep him happy ❤️ #ShahRukhKhan𓀠 pic.twitter.com/MyHdqb945d
— 👸Sharania Jhanvi𓀠🌹 (@SharaniaJ) December 1, 2022