Dengan hanya sekali lafaz, Da’i Syed sah suami kepada Hana Ismail

Dari Penulis

DENGAN hanya sekali lafaz, pendakwah bebas Da’i Syed,27, kini sah bergelar suami kepada personaliti televisyen, Hana Ismail,36, pada pukul 11.46 pagi di Masjid Ibnu Mas’ud, hari ini.

Pasangan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Ismail Dahwan dan disaksikan oleh Penolong Pendaftar Wilayah Persekutuan, Mohd Nazri Yaacob.

Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful menyerahkan mas kahwin seutas gelang tangan emas kepada Hana.

Walau bagaimanapun, nilai wang hantaran dirahsiakan.

Majlis yang serba sederhana namun cukup bermakna itu dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi bagi meraikan pasangan itu akan diadakan di sebelah malam ini di Shah Alam.

Untuk rekod, Syed dan Hana terlebih dulu mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober lalu di rumah keluarga Hana di Johor Bahru.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This