AHLI Parlimen Damansara Gobind Singh Deo menjelaskan dia menerima tawaran untuk menganggotai kabinet kerajaan baru tetapi menolaknya, atas sebab ingin memberi tumpuan terhadap tugasnya sebagai ahli Dewan Rakyat.
Gobind mengesahkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memang menawarkannya untuk menyertai Kabinet tetapi menyangkal keengganannya menjadi menteri ada kaitan dengan pelantikan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai timbalan perdana menteri.
Ketika dihubungi Malaysiakini dan ditanya berkenaan perkara itu, Gobind menjawab: “Tidak benar, ada sebab lain kepada keputusan ini dibuat. Setakat itu jawapan saya (I will leave it at that).”
Beliau pernah menjadi Menteri Multimeda dan Komunikasi ketika pentadbiran Pakatan Harapan pada 2018 di bawah kepimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebelum itu, Gobind mengeluarkan kenyataan di dalam Faceboo mililknya menyatakan beliau menolak pelawaan menyertai Kabinet kerana mahu memberi tumpuan dan memainkan peranan sebagai ahli parlimen serta membantu kerajaan dalam pelbagai cara lain.
BERITA BERKAITAN Zahid yakin gandingan kabinet baharu mampu hasilkan kejayaan luar biasa
“Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa tidak disenaraikan dalam Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Datuk Seri Anwar Ibrahim ada meminta saya menyertai kabinetnya.
“Namun selepas memikirkan perkara itu, saya memaklumkan kepada beliau (Anwar) bahawa saya tidak mampu berbuat demikian dan mahu menumpukan kepada peranan sebagai ahli parlimen,” katanya.
Dalam pada itu, Gobind merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memintanya menyertai kabinet berkenaan.
“Sekali lagi saya menyatakan keyakinan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan saya percaya beliau mampu membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

