Jawatan Timbalan Menteri masih terbuka, kata Mohamad Sabu

Dari Penulis

JAWATAN Timbalan Menteri serta jawatan-jawatan lain dalam kerajaan masih terbuka di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berkata, beliau yakin wakil rakyat Amanah masih berpeluang untuk berkhidmat dalam Kabinet Perpaduan Nasional.

Jelas beliau, pengumuman pelantikan ahli jemaah Kabinet oleh Perdana Menteri semalam hanya melibatkan menteri-menteri utama.

“(Sebenarnya pengumuman itu adalah) baru (di) peringkat Menteri, dia ada lagi Timbalan-Timbalan (Menteri), ada lagi pelantikan lain.

“Ini (adalah) peringkat awal dan perbincangan akan berterusan. Pelantikan (wakil rakyat Amanah), saya yakin (akan ada lebih) banyak pelantikan,” kata Mohamad lagi memetik laporan Astro Awani.

Baca lagi: Zahid yakin gandingan kabinet baharu mampu hasilkan kejayaan luar biasa

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) juga telah mengotakan janji untuk membentuk Kabinet yang lebih kecil berbanding kerajaan terdahulu.

Begitupun, jelas beliau, kesemua menteri yang diumumkan semalam akan memikul tanggungjawab dan menjalankan tugasan yang lebih besar dalam memastikan pentadbiran kerajaan menjadi lebih baik.

“(Hasil pengumuman yang dibuat semalam), perkara itu (membuktikan) Perdana Menteri sudah fikir secara menyeluruh.

“Maka (atas sebab) itulah dilantik (jumlah) menteri yang sedikit kali ini.

“Perdana Menteri sebut Kabinet yang lebih kecil, memang dia kotakan (janjinya), hanya 25 sahaja (Menteri dilantik termasuk yang memikul dua jawatan).

Maka (atas sebab) itulah dilantik (jumlah) menteri yang sedikit kali ini.

“Perdana Menteri sebut Kabinet yang lebih kecil, memang dia kotakan (janjinya), hanya 25 sahaja (Menteri dilantik termasuk yang memikul dua jawatan),” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This