SURUHANJAYA Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama Makmal Kawal Selia Perkhidmatan Kesihatan Dalam Talian (OHS RegLab) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah menganjurkan satu Sesi Meja Bulat bagi membincangkan pembangunan dan pelaksanaan teknologi tandatangan digital dalam bidang penjagaan kesihatan digital di Malaysia.
Penerimagunaan tandatangan digital di dalam pelbagai industri dan perkhidmatan kerajaan merupakan salah satu inisiatif yang menyokong pelaksanaan MyDIGITAL. Sesi ini bertujuan mempertingkatkan pemahaman mengenai penggunaan tandatangan digital, terutamanya di dalam bidang penjagaan kesihatan digital.
Dalam perkara ini, MCMC sebagai pengawalselia di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 (ATD 1997) menyambut baik usaha yang diambil oleh OHS RegLab dalam mempertingkatkan tahap kebolehpercayaan pelbagai perkhidmatan di dalam bidang penjagaan digital dengan menggunakan tandatangan digital ini.
Selain itu, sesi ini juga membincangkan tentang kepentingan mewujudkan garis panduan terhadap penggunaan tandatangan digital dalam kalangan pengguna industri penjagaan kesihatan digital serta penilaian keperluan kawalselia lain di bawah KKM.
Sesi Meja Bulat Industri yang berlangsung pada 1 Disember 2022 di MCMC Centre of Excellece (CoE) selama sehari menyaksikan penglibatan panel dari pelbagai pihak berkepentingan termasuk Malaysian Pharmacist Society (MPS), Pos Digicert Sdn Bhd, MSC Trustgate Sdn Bhd, Life Insurance Association of Malaysia (LIAM), Malaysian Medical Association (MMA), International Medical University (IMU), Thomson Hospital dan DOC2US yang berkumpul dalam membincangkan tentang cabaran dan peluang tandatangan digital serta bagaimana pengunaan tandatangan digital akan memperkasakan pendigitalan dalam industri penjagaan kesihatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

