Bukan emas ‘preloved’. Harga emas termurah di Kedai Emas Armel dengan tawaran RM239 tanpa upah berbanding harga pasaran RM257 cukup mengujakan peminat emas dan sekaligus dapat membantu golongan wanita memiliki barangan kemas pada harga mampu milik.

Bermula dengan jualan secara dalam talian, kini Kedai Emas Armel memiliki tiga cawangan di Shah Alam, Bandar Baru Uda dan terbaharu di Bandar Sri Permaisuri.

Penerbit Pencil Pictures And Pictures, Datuk Normashayu Puteh (tengah) menandatangani plak perasmian ketika hadir merasmikan Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pengurus Cawangan, Muhammad Alif Hayqal menjelaskan perasmian cawangan ketiga di Bandar Sri Permaisuri ini sekaligus menafikan dakwaan segelintir pihak yang mendakwa harga termurah dipasaran disebabkan syarikat ini menjual emas terpakai.

“Ada dakwaan yang menyatakan kami menjual emas ‘preloved’ dan tidak dinafikan ia memberi kesan kepada perniagaan. Mereka beranggapan kami tawarkan harga murah kerana menjual emas terpakai, sedangkan Kedai Emas Armel menjual emas baru. Kami mempunyai kilang pembuatan khas di Shah Alam dan kami punya kelebihan untuk menawarkan design terkini untuk pembeli. Malah jika ada pembeli yang nak custom-made design tersendiri, kami turut tawarkan perkhidmatan itu,” jelasnya.

Sebahagian daripada orang ramai tidak melepaskan peluang memilih barangan kemas yang ditawarkan dengan harga murah pada majlis perasmian Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menolak andaian harga termurah ini merisikokan perniagaan dan keuntungan, jelasnya setiap perniagaan punya strategi tersendiri. Dan bagi Kedai Emas Armel, biarpun keuntungannya sedikit namun mereka mengutamakan jumlah jualan yang besar. Dan secara tidak langsung dapat membina jenama di pasaran.

“Dalam perniagaan kita mempunyai satu strategi dan bagi kami, biar untung sedikit namun volume kami besar. Apabila ramai yang datang membeli, maka Kedai Emas Armel semakin dikenali dan repeat sale akan berlaku. Kami juga pastikan staf diketiga-tiga cawangan memberikan layanan terbaik untuk pelanggan,” tambahnya kepada Wanita.

Majlis pembukaan cawangan baharu itu disempurnakan Penerbit Pencil Pictures And Pictures, Datuk Normashayu Puteh.

Sebahagian daripada koleksi terkini barangan kemas yang dipamerkan pada majlis perasmian Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sekitar majlis perasmian Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Penerbit Pencil Pictures And Pictures, Datuk Normashayu Puteh (kiri) memilih koleksi terkini barangan kemas selepas hadir merasmikan Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid
Sebahagian daripada koleksi terkini barangan kemas yang dipamerkan pada majlis perasmian Kedai Emas Armel di Bandar Sri Permaisuri, baru-baru ini. GAMBAR: Abd Razak Aid