Azlan dan Jia Shin terima Anugerah Pelajaran Diraja UM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

DUA pelajar Universiti Malaya (UM), Azlan Nizam Ismail dan Ng Jia Shin dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja pada Istiadat Konvokesyen UM Ke-62.

Anugerah tersebut disampaikan Cancelor UM, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al- Maghfur-Lah.

Azlan yang merupakan graduan Akademi Pengajian Islam berkata, antara cabaran yang dihadapi sepanjang waktu pengajian adalah semasa COVID-19 melanda dan terpaksa pulang ke Sabah dan menghadapi kesukaran akses internet dan juga elektrik semasa menjawab soalan peperiksaan.

Jelas anak kelahiran Sabah itu, konvokesyen itu juga momen manis untuk keluarga beliau yang kali oertama datang ke Semenanjung untuk meraikan kejayaannya.

“Istiadat Konvokesyen kali ini merupakan kali pertama saya dapat membawa keluarga saya datang ke Semenanjung dan kedua ibu bapa saya dapat lihat sendiri kampus di mana tempat saya menimba ilmu, saya sangat terharu dan gembira keluarga saya bersama-sama saya pada hari ini,” katanya.

Baca lagi: UMNOSISWA tuntut pengasingan portfolio Perdana Menteri, Menteri Kewangan

Sementara itu, Jia Shin yang merupakan graduan Fakulti Sains turut menasihatkan semua pelajar untuk terus berusaha dan menamatkan pengajian dengan cemeelang.

Katanya, Anugerah Pelajaran DiRaja merupakan penganugerahan hadiah sebagai dorongan kepada pelajar supaya sentiasa meningkatkan prestasi pembelajaran selaras dengan hasrat Majlis Raja-Raka Malaysia yang mementingkan mutu pembelajaran di mana ianya memerlukan persaingan sengit dalam era globalisasi yang kian mencabar. 

Untuk rekod, dua anugerah ini akan dihadiahkan setiap tahun berbentuk wang tunai, pingat emas dan sijil penghargaan.

UM pada tahun ini meraikan 7,863 graduan dalam Istiadat Konvokesyen Ke-62 dalam 15 sidang bermula 5 Disember hingga 12 Disember 2022. 

Pembukaan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-62 yang berlangsung pada hari ini telah diisytiharkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This