DAP jamin hormati kedudukan Islam, raja dan bahasa Melayu – Ahmad Zahid

Dari Penulis

DAP dalam pertemuan bersama UMNO memberi jaminan untuk menghormati kedudukan agama Islam dan institusi raja-raja Melayu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain daripada itu, DAP juga bersedia untuk mengangkat bahasa Melayu selain hak istimewa orang Melayu.

Katanya, empat perkara tersebut antara yang telah disepakati dua parti tersebut dalam pertemuan sebelum pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Jangan takut. Tok Mat dan Dr Zambry bersama saya antara tujuh individu yang bertemu pemimpin DAP sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk.

“Soalan pertama saya sebagai Pengerusi BN dan Presiden UMNO adalah apa pendirian mengenai Islam jika kita setuju bekerjasama dengan DAP? Bagaimana dengan kedudukan Bahasa Melayu? Apa pandangan DAP terhadap institusi raja? Ini semua soalan yang saya tanya pada mereka.

“Setiausaha Agung DAP jawab bahawa pimpinan baharu DAP akan patuh dan setuju dengan segala yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, termasuk empat perkara ini. Apa lagi soalan nak dibangkitkan,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Baca artikel lain: Projek PETRONAS Abu Dhabi hasil hubungan erat Keluarga Malaysia, UAE

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi ramah mesra bersama penduduk di Dewan Kuala Rompin, hari ini.

Ahmad Zahid turut memberi jaminan kepada ahli dan akar umbi UMNO bahawa tiada yang perlu dibimbangkan dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak akan menjual UMNO serta Barisan Nasional (BN).

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kenyataan MB Johor mengenai DAP: ‘Tak perlu mana-mana pihak terlalu melatah’

MANA-MANA pihak diingatkan tidak perlu terlalu melatah atau keterlaluan dalam mengkritik kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi...

More Articles Like This