SEPERTI menunaikan janjinya, Siti Saleha akhirnya berkongsi gambar wajah lelaki yang berjaya mencuri hatinya di Instagram miliknya.

Foto terbabit bukan sahaja menarik perhatian peminat malah rakan-rakan artis turut gembira dengan pilihannya itu.

Saleha dan jejaka yang dikenali sebagai Joshua Fitton itu dilihat menghadiri sebuah majlis bersama dan kemesraan mereka ketika bergambar seolah mengesahkan mereka sedang hangat bercinta.

Malah, komen-komen daripada rakan selebriti yang meninggkalkan emoji berbentuk hati seperti memberi ‘green light’ untuk mereka meneruskan hubungan cinta.

“Yeayy the cat is out of the bag!,” komen pelakon dan pengacara Awal Ashaari.

“Happy for you sis,” tulis Hunny Madu.

Dalam pada itu, peminat di ruangan komen turut tidak ketinggalan meninggalkan ucapan tahniah dan mengharapkan aktes kacukan Melayu-Inggeris itu akan mengcap kebahagiaan buat selamanya.

Terdahulu, menerusi laporan media, Saleha mendedahkan dia sedang berkawan dengan jejaka berdarah kacukan namun enggan mendedahkan siapakah lelaki bertuah itu.

Walau bagaimanapun, Saleha ada menyatakan hanya akan berkongsi identiti teman lelakinya itu di media sosial sekiranya dia sudah benar-benar bersedia.

Sekadar info, Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 sebelum sah bercerai pada 17 Januari 2022.