MAHASISWA UMNO Malaysia (UMNOSISWA) menuntut agar pengasingan portfolio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden UMNOSISWA, Wan Muhammad Zuhir Ghazali berkata, langkah itu adalah selaras dengan janji Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu untuk melakukan reformasi institusi sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Menurut Wan Muhammad Zuhir, keputusan untuk Anwar memegang portfolio Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak sejajar dengan prinsip tadbir urus baik seperti yang dilaungkan Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini.
“UMNOSISWA menuntut agar pengasingan peranan portfolio penting ini, menerusi individu yang sama dapat dibereskan dengan segera.
“Rakyat perlukan semak imbang yang luwes dan berkesan agar akhirnya istilah ‘good governance’ itu tidak semurahnya dilacurkan begitu sahaja,” katanya dalam kenyataan.
Baca lagi: PM Anwar mula tugas Menteri Kewangan
Mengulas lanjut, Wan Muhammad Zuhir berkata, pelantikan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan dilihat bertentangan dengan pentadbiran sebelum ini.
Jelas beliau, kerajaan terdahulu berani untuk mengubah tradisi tersebut dengan melaksanakan keterasingan kuasa antara jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Jelas beliau, walaupun secara politiknya sukar untuk menamakan Menteri Kewangan dalam Kerajaan Perpaduan, namun ia perlu diasingkan terutamanya bagi memastikan proses semak dan imbang berlaku secara efektif.
“Sementelahan, Anwar sebelum ini dengan tegas mengisytiharkan perkara tersebut tidak seharusnya berlaku dan ia sebagai agenda utama kepada Kerajaan Perpaduan.
“Komitmen untuk mengasingkan portfolio tersebut juga telah dibuat dengan jelas jika di amati dalam manifesto pilihan raya PH sebelum ini,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

