Dana RM600 bilion: Kenapa PM tak tanya Tengku Zafrul?

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanyakan tentang dakwaan penyelewengan dana RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Hal ini kerana bekas Menteri Kewangan itu mengetahui segala urusan perbelanjaan dan pelbagai pakej dilaksanakan kerajaan dalam tempoh masa tersebut.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menegaskan, gabungan itu sekali lagi menafikan penyelewengan seperti mana didakwa oleh Anwar.

Malah, PN juga bersedia untuk bekerjasama dengan polis atau pihak berwajib lain demi memastikan nama baik gabungan itu dibersihkan daripada tuduhan jahat tersebut.

“Saya patut mengingatkan media dan juga kerajaan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, jika anda mahu mengetahui kebenaran tentang isu ini beliau boleh bertanya kepada menterinya, Tengku Zafrul.

“Beliau adalah sebahagian daripada Kabinet, beliau bertanggungjawab dalam tempoh tersebut terhadap pakej yang diisukan oleh kerajaan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berjalan keluar selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu penyelewengan dana RM600 bilion oleh kerajaan terdahulu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Isu dana RM600 bilion: Saifuddin akan dapatkan pandangan Ketua Polis Negara

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan Anwar mengaitkan penyelewangan dana berjumlah RM600 bilion di zaman pemerintahan kerajaan PN.

Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal menyifatkan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu cuba bermain politik persepsi dengan memburukkan imej PN pada minggu pertama pentadbiran beliau.

Beliau menegaskan, PN terbuka untuk disiasat sama ada berkaitan isu RM600 bilion termasuk dana pilihan raya gabungan itu kononnya dari syarikat judi.

“Laporan polis yang kami buat hari ini menunjukkan kami tiada apa untuk diselindung, untuk pihak berkuasa menyiasat.

“Perikatan Nasional mengambil serius tohmahan dan fitnah ini dan kami berharap pihak berkuasa menyiasat dan mengambil kira laporan yang telah saya buat tadi,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penempatan haram Rohingya berlarutan di Sungai Tekali atas kebenaran pemilik tanah

PEMILIK tanah yang membenarkan pembinaan struktur dan penempatan tanpa kelulusan oleh warga Rohingya di Sungai Tekali dikenal pasti sebagai...

More Articles Like This