Ketua Pembangkang PN berwibawa, mampu laksana semak imbang

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

CALON Ketua Pembangkang yang akan dilantik oleh Perikatan Nasional (PN) merupakan seorang pemimpin berwibawa dan berintegriti.

Timbalan Ketua Pemuda PN, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, Ketua Pembangkang tersebut juga diyakini mampu melaksanakan tanggungjawab semak imbang terhadap kerajaan dengan baik.

“Sudah ada, orangnya pun insya-Allah berwibawa. (Dari parti mana) saya tak boleh umumkan, dan mendapat persetujuan semua parti komponen PN.

“Saya yakin Ketua Pembangkang ini mampu menawarkan semak dan imbang yang baik kepada kerajaan yang ada pada hari ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, akan mengumumkan nama Ketua Pembangkang sebelum 19 Disember ini.

Katanya, calon Ketua Pembangkang itu telah pun diputuskan dalam mesyuarat majlis tertinggi yang diadakan sebelum ini.

Dalam pada itu, Wan Ahmad Fayhsal mengucapkan terima kasih kepada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) apabila mengambil keputusan meninggalkan PN yang disertai parti itu sejak awal 2020.

Baca artikel lain: Anwar adakan pertemuan dengan Ismail Sabri, bincang isu semasa

Katanya, PN terbuka dengan keputusan tersebut sejajar dengan prinsip tiada paksaan dalam bersama mana-mana blok politik yang difikirkan baik untuk parti masing-masing.

“Kita tidak pernah menghalang mana-mana pihak untuk berbuat demikian, mereka ada hak yang sama seperti parti-parti lain untuk memilih jajaran yang mereka mahukan,” katanya.

Sementara itu, beliau menafikan bahawa wujud usaha untuk menumbangkan kerajaan sedia ada, sedangkan PN sudah pun menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agong.

“Tak benar itu, saya tak rasa itu benda yang tepat, kita dah hormat keputusan Yang di-Pertuan Agong kerajaan hari ini adalah kerajaan campuran.

“Kami juga telah buat ketetapan dalam mesyuarat bahawa Perikatan Nasional adalah pembangkang, dan itulah keputusan politik yang kami terima dan pegang untuk lima tahun akan datang,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This