MIC tidak akan terima jawatan Timbalan Menteri

Dari Penulis

MIC tidak akan menerima jawatan Timbalan Menteri yang berperanan membantu Kabinet Kerajaan Perpaduan, kata Setiausaha Agungnya, R.T. Rajasekaran.

Beliau berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pusat MIC pada hari ini, selain menghormati pilihan pengundi semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“MIC mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10. MIC juga merakamkan sokongan kepada titah Yang di-Pertuan Agong (Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah) untuk menyokong Kerajaan Perpaduan.

Baca artikel lain: Malaysia kutuk serangan pengebom bunuh diri di Indonesia

“Semoga Perdana Menteri dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna dan adil untuk semua kaum di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri menerusi perkongsian di laman Facebook beliau hari ini memaklumkan calon-calon bagi jawatan Timbalan Menteri akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This