Bagi yang buntu hendak masak apa hari ini, apa kata cuba resipi ayam percik yang menyelerakan ini. Boleh dijadikan lauk atau diratahnya macam itu sahaja. Jom lihat cara menyediakan dan bahan-bahan yang diperlukan.

BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam | belah 4
BAHAN PERAP:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 cm halia
Sedikit serbuk jintan manis
Sedikit serbuk jintan putih
Garam secukup rasa

BAHAN KUAH:
1 labu bawang besar | kulit kuning
4 ulas bawang merah
10 tangkai cili kisar
1 cm halia
Sedikit belacan
1 keping asam gelugur
5 batang serai | ketuk
1/2 biji santan kelapa
5 gm tepung beras
Gula Melaka
Gula dan garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Bersihkan ayam dan lumurkan dengan bahan perapan. Perap sekurang-kurangnya setengah jam.
2.Selepas itu, bagi menyediakan kuahnya, kisar bawang, cili kering, halia dan belacan.
3.Setelah itu, tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing. Apabila garing, masukkan santan, ayam yang telah diperap, asam keping, serai dan tepung beras. Perasakan.
4.Biarkan sehingga mendidih dan biarkan ayam masak.
5.Masak sehingga kuah menjadi pekat. Selepas itu, matikan api dan asingkan ayam daripada kuah.
6.Bakar ayam seketika dan letakkan sedikit kuah pada ayam ketika membakar. Selepas itu sedia untuk dihidangkan.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar burger wajib cuba 👍🏻 #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ Fire – Official Sound Studio

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram