Bukti rakyat tidak percaya PH, BN, PRU-15 penipuan terbesar dalam sejarah – Muhyiddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KEPUTUSAN Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi kerusi Parlimen Padang Serai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman membuktikan bahawa rakyat tidak mempercayai gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan besar PN di Padang Serai dan kekalahan tipis di Tioman merupakan petanda positif sokongan padu rakyat kepada gabungan itu.

Jelas beliau, kedua-dua kerusi tersebut masing-masing dimenangi PH dan BN dalam PRU-15.

Muhyiddin berkata, keputusan kedua-dua kawasan itu menunjukkan rakyat tidak teruja dengan gabungan BN dan PH.

“Majoriti BN merosot hampir separuh di Tioman dan majoriti PN di Padang Serai dua kali ganda majoriti yang dimenangi PH dalam PRU-14.

“Ini bukti rakyat tidak mempercayai gabungan PH dan BN. Mereka tidak yakin dengan kemampuan kerajaan campuran diterajui PH untuk mentadbir negara.

“Kecewa dengan penipuan pemimpin PH dan BN semasa kempen PRU-15, ramai penyokong kedua-dua parti ini telah beralih arah menyokong PN,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: (RASMI) PN rampas Parlimen Padang Serai, peroleh majoriti 16,260

Mengulas lanjut, Muhyiddin turut menyifatkan penipuan PH dan BN dalam PRU-15 sebagai the biggest electoral fraud ever atau penipuan pilihan raya terbesar dalam sejarah.

Katanya, perkara itu jelas apabila pengundi di Padang Serai dan Tioman telah memberi isyarat jelas bahawa mereka tidak merestui tindakan kedua-dua parti tersebut.

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Cikgu Azman Nasrudin atas kemenangan cemerlang beliau di Padang Serai. Kepada calon PN di Tioman, Puan Nuridayu Hashim teruskan perjuangan anda bersama PN. Kita berada di landasan yang benar.

“Saya juga ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh jentera PN di Padang Serai dan Tioman atas komitmen dan kerja keras anda semua sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

PN berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai daripada PH selepas calonnya, Datuk Azman Nasrudin diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti 16,260 undi.

Azman yang memperoleh 51,637 undi menewaskan calon PH, Dr Mohamad Sofee Razak yang mendapat 35,377 undi.

Sementara itu, bagi kerusi DUN Tioman, calon BN mempertahankan kerusi yang dimenangi sejak PRU-12 selepas meraih 8,080 undi.

Beliau menang dengan majoriti 573 mengalahkan pesaing terdekat calon dari PN, Nor Idayu yang memperoleh 7,507 undi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kesemua 104 perlawanan Piala Dunia 2026 disiarkan RTM, UnifiTV

KESEMUA 104 perlawanan Piala Dunia 2026 boleh ditonton di UnifiTV dan saluran-saluran utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) di platform...

More Articles Like This