Tuan Ibrahim Tuan Man

PERIKATAN Nasional (PN) akan membincangkan saranan pelbagai pihak agar Pilihan Raya Negeri (PRN) dijalankan secara serentak di enam negeri terlibat, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Majlis Tertinggi PN untuk dibincangkan secara lebih mendalam.

“Secara peribadi saya sendiri tidak ada masalah sekiranya proses pengundian diadakan serentak di enam buah negeri iaitu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

“Saya sendiri akan membawa perkara ini ke mesyuarat Majlis Tertinggi PN dan segala keputusan akan dimaklumkan kemudian,” katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih, hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pihaknya berharap pilihan raya bagi enam negeri yang belum mengadakannya dapat dilaksanakan secara serentak bagi memudahkan urusan SPR.

Namun, Abdul Ghani berkata pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk membuat pembubaran bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri terlibat dan ia terpulang kepada kepimpinan negeri terbabit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram