Bagi anda yang tercari-cari resipi pai yang lazat, resipi pai ayam zuchini ini wajib anda cuba. Jom ikuti langkah demi langkah menyediakan pai yang enak ini.

BAHAN KULIT PAI
1 cawan tepung gandum
125 gm mentega – sejuk dan keras
4 sudu besar air – sejuk
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur – untuk sapu kulit pai

BAHAN INTI
1 keping dada ayam – dadu kecil
1 biji zuchini – dadu kecil
1 labu bawang besar – cincang kasar
3 ulas bawang putih – cincang halus
3 sudu besar heavy cream
2 sudu besar tepung gandum
100 gm mentega
Garam dan serbuk lada hitam,
secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1.Untuk inti, cairkan mentega dan tumis bawang besar serta bawang putih hingga layu.
2.Masukkan ayam dan lada hitam. Apabila ayam empuk, masukkan zucchini, heavy cream, tepung gandum dan garam. Masak sebati. Tutup api dan ketepikan.
3.Untuk kulit pai, masukkan tepung dan mentega dalam mesin pemproses makanan.
4.Tekan dan putar hingga jadi bijirin halus. Masukkan air bercampur garam dan tekan lagi (sekejap sahaja).
5.Keluarkan dan bungkus dalam plastik pembalut makanan. Masukkan dalam peti sejuk.
6.Bila inti telah sejuk, canai nipis kulit pai. Tekan pada acuan yang telah disapu sedikit mentega.
7.Letakkan inti dan tutup dengan satu keping lagi kulit pai. Sapukan sedikit telur (pukul) di atas kulit pai.
8.Bakar pada suhu 170oC selama 20 minit hingga masak.

Resipi: Rosemah Ibrahim

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Port nasi kandar sedap di KL #makanlokal #malaysianfood #malaysiafoodie #myfoodie #nasikandar #kudubinabdul #fyp ♬ Arhbo [Music from the FIFA World Cup Qatar 2022 Official Soundtrack] – Ozuna & GIMS & RedOne

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram