Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. GAMBAR: Abd Razak Aid

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi adalah demi kebaikan parti.

Beliau juga menegaskan bahawa UMNO akan terus berjuang demi kepentingannya termasuk rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Alhamdulillah. Selesai sudah mesyuarat MKT malam ini. Moga keputusan bersama yang diambil akan membawa kebaikan kepada parti dan Malaysia keseluruhannya.

“UMNO akan terus kekal berjuang untuk semua,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Mesyuarat MKT UMNO malam tadi dipercayai memecat keahlian tiga pemimpin antaranya Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Baca artikel lain: MKT UMNO pecat keahlian Annuar Musa, dua pemimpin wanita

Dua lagi adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yasin dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim.

Shamsiah merupakan isteri kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim

Shamsiah dan Fatimah bulan lalu digantung sementara selepas didapati terbabit secara langsung atau tidak langsung menyokong calon parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Fatimah adalah isteri kepada Datuk Seri Ismail Abd Muttalib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada PRU ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram