Bosan asyik menu yang sama setiap hari? Jom cuba resipi ketam kari aroma ini. Rasanya sedap dan cara penyediaan pun mudah.

BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos Thai
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sm halia
2 batang serai
6 tangkai cili merah
6 tangkai cili kering

Cara Menyediakan:
1.Ketam yang telah dibersihkan, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
2.Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan sos cili, sos tiram dan sos Thai.
3.Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
4.Setelah bahan yang ditumis pecah minyak, masukkan ketam dan kacau hingga sekata.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Wajib try kalau singgah di RNR PLUS Nilai (arah utara) #makanlokal #malaysianfoodie #nasilemakistimewa #nasilemaksedap #myfoodie ♬ AMAZING – Phoebe

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram