Masalodeh bukan sahaja popular dalam kalangan masyarakat India tetapi kuih ini juga digemari pelbagai kaum di Malaysia. Cara membuatnya sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan.

BAHAN-BAHAN:
300 gm kacang dal
4 tangkai daun kari
1 labu bawang besar | cincang
2 tangkai cili hijau | cincang
7 tangkai cili kering | hiris
400 ml minyak masak
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN:
1.Kacang dal rendam selama 3 jam sehingga kembang. Kisar kacang dal sehingga halus.
2.Kemudian gaulkan dengan bawang, cili hijau, cili kering dan garam secukup rasa.
3.Bentukkan adunan bulat-bulat.
4.Panaskan kuali, goreng sehingga kekuningan atau garing.

*Jangan lupa ikuti akaun TikTok Saji untuk video resipi dan berkaitan makanan yang menarik

@majalahsaji Penggemar burger wajib cuba 👍🏻 #makanlokal #malaysianfoodie #myfoodie ♬ Fire – Official Sound Studio

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitter, TikTokInstagram & Telegram