SEBANYAK enam buah negeri diramalkan berlaku banjir kilat dalam tempoh masa 24 jam.
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) melaporkan, negari-negeri tersebut adalah Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pahang.
Katanya, ia berdasarkan maklumat ramalan hujan dari Jabatan Meteorologi Malaysia, Southeastern Asia-Oceania Flash Guidance System (SAOFFGS) serta model ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia.
“Terdapat risiko kejadian banjir kilat di beberapa lokasi sekiranya hujan lebat atau ribut petir yang signifikan berlaku,” kata PRABN dalam kenyataan hari ini.
Di Pulau Pinang, Daerah Seberang Perai Selatan berisiko berlakunya banjir melibatkan kawasan seperti Bandar Nibong Tebal, Mukim 1, 7 dan 11 serta kawasan sekitarnya.
Baca artikel lain: KJ masih berteka-teki bertanding jawatan Presiden UMNO
Bagi Perak pula melibatkan dua daerah iaitu Larut Matang dan Selama serta Kerian membabitkan Mukim Bukit Gantang, Sungai Limau, Pengkalan Aor, Jebong, Asam Kumbang, Bagan Serai, Gunong Semanggol, Beriah, Kuala Kurau dan Parit Buntar.
Sementara itu, untuk Selangor terdapat empat daerah berisiko iaitu Sepang, Klang, Kuala Langat dan Petaling.
Kawasan yang terlibat adalah Mukim Sepang, Dengkil, Pekan Pandamaran, Kapar, Klang, Pekan Jenjarom, Kelanang, Tanjong Duabelas, Petaling, Pekan Serdang, Pekan Batu Tiga, Bandar Shah Alam dan kawasan sekitar.
Di Negeri Sembilan hanya Daerah Port Dickson diberikan amaran melibatkan kawasan seperti Pekan Lukut, Pekan Jemima, Mukim Si Rusa dan Mukim Jimah.
Manakala di Terengganu, dua daerah terlibat iaitu Marang dan Kuala Terengganu membabitkan Mukim Bukit Payung, Cenering, Batu Buruk dan Kuala Terengganu.
Akhir sekali Pahang melibatkan Daerah Kuantan membabitkan Mukim Kuantan, Pulau Manis, Kuala Kuantan, Sungai Karang serta kawasan sekitar.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

