Youtuber diberi 24 jam minta maaf selepas buat tuduhan palsu melampau ke atas PN

Dari Penulis

SEORANG Youtuber diberi tempoh 24 jam untuk memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan tuduhan palsu berbaur perkauman terhadap Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong berkata, Youtuber menggunakan nama Cleo Hoo itu didakwa memuat naik video memainkan sentimen melampau dengan tuduhan palsu Khamis lalu.

Katanya, video berbahasa Cina itu antaranya cuba menimbulkan ketakutan dalam kalangan pengundi bangsa tersebut dengan mengatakan Malaysia akan menjadi seperti Afghanistan.

Selain itu, katanya lagi, video yang sudah ditonton lebih 81,000 kali itu turut mendakwa daging babi akan diharam daripada dijual di negara ini.

“Dia kata daging babi akan diharam daripada dijual seperti di Kelantan, tetapi ini tidak benar kerana orang bukan Islam bebas membeli dan menjualnya di Kelantan dan Terengganu.

Setiausaha Agung GERAKAN, Mak Kah Keong (dua dari kiri) memberi tempoh 24 jam kepada seorang Youtuber untuk memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menyebarkan provokasi dan tuduhan palsu berbaur perkauman terhadap Perikatan Nasional (PN) ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat GERAKAN di Kuala Lumpur, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: 38 kawasan ‘panas’ banjir kilat dikesan di enam negeri

“Dakwaan orang bukan Islam perlu tukar agama juga adalah kenyataan provokasi, tidak bertanggungjawab dan berunsur hasutan kerana PN berpegang pada Perlembagaan yang menjamin kebebasan beragama dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Setakat ini, GERAKAN beri peluang kepada Youtuber ini untuk mohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam. Jika tidak, kami akan membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman sivil,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan sidang media di Ibu Pejabat GERAKAN, hari ini.

Kah Keong mengingatkan penyokong parti politik untuk tidak terikut sentimen dimainkan khususnya dakwaan dalam video berkenaan yang melanggar Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Hasutan 1948 dan Kanun Keseksaan.

“Jangan buat kenyataan tidak bertanggungjawab. Kebebasan kita ada batasnya,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This