Memang tak selesa apabila sering sendawa dan senak perut meskipun bukan kerana kekenyangan selepas makan. Sendawa adalah tindak balas semula jadi badan untuk mengeluarkan angin atau gas daripada perut atau sistem penghadaman bagi mengurangkan rasa tidak selesa

GERD ialah gangguan penyakit pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau ada kala kandungan perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus (laluan antara mulut dan perut)

Bagi mengurangkan kesan gerd, apa kata cuba Air Telang Selasih Lemon yang dikongsikan Dhia Raihana ini. Caranya cukup mudah. Selain gerd, air ini juga mampu membantu mengurangkan batuk dan sembelit.

“Setiap kejadian ada ‘hadiah’ Allah nak bagi di penghujungnya.

Resipi Air Telang selasih Lemon :

• 20 helai Bunga telang – rebus kosong atau campur molases/orcs

• 1 sudu besar Biji selasih

• Air suam

• Lemon/ Peach/ Pear/ Epal/ Dragon bagi yang pass

Air ini remedies sejukkan badan, redakan reluks, redakan batuk, redakan sembelit, redakan kahak yang biasa terjadi pada pesakit gerd.

Bosan kan tiada air nak minum, boleh minum air ni. Tak mahal, tak susah dan natural.

Resipi ini saya buat kerana saya sangat sukakan remedies ni sebab dia sangat melegakan Gerd saya selama ini.”

Kredit : Dhia Raihana