SATU perbincangan perlu diadakan di antara atlet, peminat dan kelab sukan menembak di negara ini tentang bagaimana cara untuk memperbanyakkan pertandingan di Malaysia.
Perkara itu dilihat sebagai penting dalam menaikkan prestasi serta kualiti tembakan atlet negara yang berdepan dengan masalah kekurangan pertandingan.
Atlet menembak negara, Kelvin Lee ,47, berkata, latihan sahaja tidak cukup bagi melengkapkan diri seseorang penembak sebaliknya pertandingan secara kompetitif merupakan eleman yang sangat penting.

“Mereka (penembak luar) ada pengalaman pertandingan lebih banyak daripada kita, saya bagi contoh tahun ini kalau kita tak pergi luar negara kita cuma tembak tiga kali sahaja pertandingan.
“Untuk tahun ini world shoot adalah pertandingan keempat saya, kalau kita bandingkan shooter dari Amerika Syarikat atau Filipina mereka boleh tembak empat atau lima pertandingan dalam sebulan.
“Macam Filipina mereka boleh tembak dua pertandingan dalam satu minggu, dan dari sanalah mereka dapat naikkan prestasi sebab kalau kita berlatih macam mana pun kalau tiada pertandingan tak akan dapat kesan yang penuh,” katanya ketika dihubungi UtusanTV, hari ini.
Bercerita pengalaman di IPSC Handgun World Shoot 2022, Kelvin menyatakan rasa kecewanya terhadap keputusan akhir kejohanan yang disifatkan sebagai tidak seperti diharapkan.
Baca artikel lain: Bergelar RO di IPSC Handgun World Shoot 2022 impian jadi kenyataan Johari Awang Fadzin
Beliau yang juga merupakan jurulatih menembak hanya menduduki tempat ke-149 daripada 202 peserta menerusi kategori Production Optic Division.
Ujarnya, kegagalan itu mungkin bertitik tolak daripada perasaan terlalu yakin sehingga menjejaskan prestasinya dalam kejohanan tersebut.
“Saya ingat saya lebih gementar tetapi tidak, mungkin sebab sudah lama tembak mungkin dapat mengawal perasaan itulah.
“(Keputusan) tidak sebaik yang saya harap sebab saya sebenarnya target top 45, tapi tak kesampaian sebab mungkin terlalu confident dengan diri sendiri.

“Saya ingat saya laju tapi bila tengok video nampak slow dan ada orang yang lebih laju lagi,” katanya yang sudah berpengalaman selama 22 tahun dalam dunia menembak.
IPSC Handgun World Shoot 2022 melabuhkan tirai pada 3 Disember lalu dengan disertai seramai 1,653 atlet dari 75 buah negara.
Malaysia menghantar 16 orang atlet pada kejohanan yang berlangsung di Nong Nooch Pattaya International Convention & Exhibition Center, Thailand itu.
Penembak Malaysia mengambil bahagian dalam empat kategori iaitu Production Division, Production Optic Division, Standard Division dan Open Division.
Sehubungan daripada kegagalan di Thailand, Kelvin tekad untuk bangkit dan beraksi dalam kejohanan dunia tiga tahun lagi di Afrika Selatan.
“Saya tidak gembira dengan prestasi, saya rasa saya boleh buat dengan lebih baik jadi saya sudah mula berlatih secara fizikal dan saya berharap saya akan dapat pergi,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

