PRESIDEN Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan terdapat beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak keluar dari parti itu.
Sebaliknya, beliau menyatakan WARISAN kekal utuh dan dakwaan terdapat ADUN yang melompat dari parti, adalah tidak benar.
“Khabar angin dan cakap-cakap mengenai kononnya ada ADUN WARISAN yang mahu keluar parti ditimbulkan semula sebagai percubaan berniat jahat pihak tertentu untuk melemahkan dan menjatuhkan WARISAN.
“Semua ADUN WARISAN juga telah mengulangi kesetiaan tidak berbelah bahagi mereka kepada parti.
“Ahli Majlis Tertinggi (AMT) serta wakil rakyat WARISAN juga telah sebulat suara menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri,” katanya memetik laporan Berita Harian Online.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas sesi mesyuarat beliau bersama AMT dan ADUN parti WARISAN di Kota Kinabalu, hari ini.
Dalam satu kenyataan media berasingan, ADUN Darau, Azhar Matussin menafikan kononnya beliau bersama enam lagi wakil rakyat akan meninggalkan WARISAN.
BERITA BERKAITAN PM alu-alukan komitmen Shafie, Warisan sokong Kerajaan Perpaduan
Katanya, beliau juga tidak pernah menandatangani sebarang dokumen Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk bertukar parti.
“Perkara ini tidak betul. Saya tidak pernah menandatangani apa-apa SD bagi tujuan menukar sokongan kepada parti lain.
“Ini hanya sekadar mainan politik, sekali gus sengaja menimbulkan isu yang dilihat tidak masuk akal serta hanya mengelirukan rakyat khususnya di peringkat akar umbi,” katanya.
Azhar yang juga AMT WARISAN berkata, ketika ini semua ADUN dalam parti kekal utuh bersama Mohd Shafie di samping menghormati kepercayaan presiden parti kepadanya.
“Saya akan terus menghormati mandat serta kepercayaan yang telah diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN16) lalu. Kita akan terus memperjuangkan menuntut hak rakyat Sabah yang terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” katanya.
Dalam pada itu, Azhar turut menegaskan sebagai pemimpin, beliau sentiasa mengambil pendekatan untuk tidak mudah terpengaruh dengan orang lain, sekali gus kekal bersama kepemimpinan sedia ada.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

