TULAR sejak malam ini satu klip video memaparkan seorang kanak-kanak menangis di sisi mayat seorang wanita dipercayai ibunya di Kampung Icebox, Tawau, petang tadi.
Video menyayat hati berdurasi 24 saat itu jelas kelihatan kanak-kanak terbabit menangis bersebelahan mayat ibunya yang terbaring dalam keadaan berlumuran darah dipercayai dibunuh.
Memetik laporan Deasoka, setakat ini belum dipastikan lagi punca kejadian dan sepasukan polis masih menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
Jasmin berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kes bunuh berkenaan petang tadi dan polis sedang berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
“Kes bunuh berkenaan masih dalam siasatan di tempat kejadian dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

