Tanah runtuh: Dua lagi mayat ditemukan, jumlah terkini 18 maut

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TRAGEDI tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali menyaksikan jumlah mangsa yang terkorban meningkat kepada 18 individu.

Ini selepas dua lagi mayat ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) setakat pukul 4.40 petang tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Unit Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran di Facebook, sebentar tadi.

Dalam hantaran berasingan, unit Korporat JBPM memaklumkan usaha mencari dan menyelamat masih lagi diteruskan.

“Kita mendoakan semoga cuaca menyebelahi dan berada dalam keadaan baik supaya operasi yang dijalankan dipermudahkan dan dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Father’s Organic Farm: Muhyiddin ucap takziah, harap keluarga tabah

Sebelum ini, seramai 17 lagi mangsa kejadian tanah runtuh tersebut masih belum dapat dikesan setakat pukul 1.40 petang tadi.

Pada masa sama, 61 individu ditemukan selamat manakala 16 disahkan meninggal dunia.

Daripada 16 yang terkorban itu, tiga merupakan lelaki dewasa; 10 wanita dewasa dan tiga kanak-kanak.

Seramai 51 dewasa dan 30 kanak-kanak dilaporkan mendaftar untuk bermalam di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm yang dilanda tanah runtuh itu, kata individu bertanggungjawab di tapak perkhemahan itu yang hanya ingin dikenali sebagai Chang.

“Jumlah itu terdiri daripada mereka yang telah mendaftar di tapak perkhemahan,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Bagaimanapun Chang berkata beliau tidak pasti sama ada terdapat kanak-kanak berusia bawah empat tahun di tapak perkhemahan kerana mereka tidak perlu mendaftar, dan hanya kanak-kanak berumur antara empat dan 12 tahun perlu mendaftar.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This