JABATAN Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan seorang kaunselor di Balai Polis Hulu Yam Bharu kepada mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Batang Kali.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Aiman Athirah Sabu berkata, kaunselor tersebut berperanan untuk menenangkan mangsa yang ditempatkan di balai polis berkenaan.
Menurut beliau, ini kerana mangsa masih berada dalam keadaan trauma ekoran kejadian tersebut.
Pada masa sama, Aiman Athirah memaklumkan, JKM akan menambah jumlah kaunselor sekiranya ada keperluan untuk berbuat demikian.
“Kita sedia untuk menambah (jumlah kaunselor) seandainya diperlukan. Kaunselor yang ada untuk menenangkan mangsa, bukan mahu mengimbau tragedi yang berlaku kerana perkara itu hanya menyulitkan keadaan.
Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: 16 mangsa terkorban, 77 lagi berjaya dikesan – Amirudin
“Saya rasa keadaan ini kita perlu berikan mereka ruang. Andainya mereka memerlukan bantuan, kita akan bantu, sekiranya mereka mahu ruang untuk bersendiri, kita beri ruang.
“Mangsa di sini termasuk bayi, warga Singapura dan Myanmar yang cedera ringan,” katanya kepada pemberita di balai polis itu hari ini.
Mengulas lanjut, Aiman Athirah berkata, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan terus menyalurkan pelbagai bantuan asas termasuk makanan, minuman dan tikar kepada mangsa terlibat.
Ditanya mengenai pusat penempatan sementara (PPS), Aiman Athirah memaklumkan, tiada perancangan untuk mengaktifkan PPS buat waktu ini, namun Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Yam telah dikenal pasti sekiranya memerlukan.
“Tiada rancangan untuk membuka PPS kerana semua mangsa berada di sini. Difahamkan ahli keluarga akan datang ambil kecuali yang cedera dihantar ke hospital.
“Walau bagaimanapun, kita bersiap siaga seandainya diperlukan untuk memberi penempatan,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

