MESYUARAT Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) esok akan membincangkan pendirian gabungan parti itu mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin berkata walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan sama ada menyokong atau sebaliknya tidak boleh dipaksa.
“Saya sudah dapatkan pandangan daripada peguam, apa yang telah disebutkan sebagai MoU (memorandum persefahaman) yang kalau Ahli Parlimen tidak sokong usul tersebut, (adakah) kedudukan (mereka sebagai Ahli Parlimen) akan terhenti atau dikosongkan?
“Saya tidak pernah lihat dalam mana-mana undang-undang perkara seperti itu boleh dilaksanakan, kecuali lompat parti,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran PN Parlimen Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh, Pagoh hari ini.
Baca artikel berkaitan: Perjanjian persefahaman tidak berperlembagaan, PM tak yakin dapat sokongan – Muhyiddin
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata tindakan yang boleh diambil terhadap Ahli Parlimen PN yang menyokong usul berkenaan adalah tindakan disiplin oleh parti dan bukannya diberhentikan atau kosongkan kerusi Ahli Parliman yang disandang.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan PN terhadap Ahli Parlimen gabungan itu yang menyokong usul undi percaya kepada perdana menteri.
Pada 11 Dis lepas, Anwar dilaporkan berkata usul undi percaya kepadanya adalah bertujuan membolehkan beliau memimpin negara dengan mandat yang jelas dan berdasarkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

