Raja Muda Selangor tinjau operasi SAR tanah runtuh

Dari Penulis

RAJA Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan operasi kerja-kerja mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya hari ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira 40 minit dan diberikan taklimat mengenai operasi SAR tersebut oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed serta Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Datuk Norazam Khamis di bilik gerakan operasi.

Terdahulu, operasi SAR 12 lagi mangsa yang belum ditemui disambung semula 8 pagi tadi.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR bersambung pagi ini

Insiden sekitar 2.42 pagi Jumaat itu melibatkan runtuhan tanah sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter.

Setakat tengah malam tadi, 12 orang dilaporkan masih hilang manakala 21 disahkan terkorban daripada keseluruhan 94 mangsa dalam kejadian itu.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kerajaan MADANI kukuh kerana budaya ‘duduk semeja’ – Hannah Yeoh

AMALAN bekerjasama dan saling menghormati antara parti dalam Kerajaan MADANI menjadi faktor penting kepada kestabilan pentadbiran serta keupayaan kerajaan...

More Articles Like This