JOHARI ABDUL - Gambar Suarakeadilan.my

PILIHAN Raya Kecil (PRK) tidak perlu diadakan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gurun walaupun penyandangnya Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusi tersebut serta-merta hari ini.

Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Juhari Bulat berkata, PRK tidak perlu kerana kerusi itu dikosongkan terlalu dekat dengan tarikh penggal berakhir.

“Kalau jawatan itu dikosongkan dalam tempoh lebih dua tahun sebelum penggal berakhir, maka kita akan adakan PRK,” katanya memetik laporan Warta Rakyat.

“Tetapi, kini tempohnya cukup singkat iaitu kira-kira tujuh bulan sahaja lagi sebelum penggal berakhir, jadi mengikut undang-undang tiada keperluan untuk mengadakan PRK,” tambahnya.

BERITA BERKAITAN Dilantik Speaker Dewan Rakyat? Johari kosongkan kerusi DUN Gurun

Dalam satu hantaran video di Facebook, Johari mengesahkan telah meletak jawatan pada Isnin lepas (13 Dis), selepas Juhari menerima suratnya.

Pemimpin PKR itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada pengundi Gurun yang menyokongnya sepanjang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri.

Ditanya mengenai keputusan mengosongkan kerusi DUN berkenaan, Johari tidak menolak ia kemungkinan berkait pencalonannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

“Kita tunggu esok lah,” katanya kepada Bernama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram