DATUK Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas usul undi percaya dibentangkan di Dewan Rakyat, petang ini.
Usul undi percaya itu diluluskan dengan undian suara dan bukan undian belah bahagi seperti dijangka ramai pihak.
Perkara itu diputuskan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul.
Susulan daripada itu, Anwar kekal memegang jawatan Perdana Menteri untuk memimpin Kerajaan Perpaduan.
Usul undi percaya dicadangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dan kemudian dibahaskan oleh 12 Ahli Parlimen.
Baca artikel lain: Usul undi percaya kepada PM hanya gimik semata-mata – Hamzah
Fadillah ketika mengemukakan usul tersebut berkata, prospek ekonomi dunia tahun hadapan dijangka mengalami kemelesetan, adalah penting Kerajaan Perpaduan mendapat sokongan dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat.
Beliau berkata, kepimpinan Anwar dan Kerajaan Perpaduan perlu disokong demi kejayaan negara dan kesejahteraan rakyat.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

