Johari peroleh sokongan majoriti, dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat baharu

Dari Penulis

HARI pertama sidang Dewan Rakyat menyaksikan bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu hari ini.

Hal itu selepas Johari mendapat undi sokongan tertinggi dari Ahli-Ahli Dewan Rakyat, iaitu sebanyak 147 undi.

Setiausaha Dewan Rakyat, Dr Nizam Bacha Mydin turut memaklumkan yang seorang lagi calon, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Dalam proses pemilihan tersebut, setiap Ahli Parlimen diberi satu kertas dan perlu menulsi nama calon yang disokong mereka sebelum kiraan undi dibuat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukan cadangan mencalonkan Bekas Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari sebagai calon Speaker Dewan Rakyat mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Baca lagi: Dilantik Speaker Dewan Rakyat? Johari kosongkan kerusi DUN Gurun

Sementara Ketua Pembangkang merangkap Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin pula mencadangkan Mohd Radzi sebagai sebelum disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Johari pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Biro Tata Negara (BTN) selain mempunyai ijazah sarjana di dalam Pengajian Strategik dari University of Lancaster.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This