Nad Zainal tak lagi dirawat di ICU, sudah boleh ketawa, berjalan & berbual

Dari Penulis


PELAKON Nad Zainal yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang, kini dilaporkan stabil dan tidak lagi ditidurkan.

Khabar gembira itu dikongsikan oleh pengarah Shahrulezad Mohameddin yang memberitahu pelakon Cina Buta itu sudah sedar dan boleh pergi ke tandas tanpa bantuan.

“Untuk pengetahuan keadaan Nanad (nama panggilan Nad) tersangatlah baik. Dia bukan lagi di ICU dan tidak lagi ditidurkan.

“Nanad sudah sedar, boleh berbual dan bergelak ketawa.

“Nanad juga boleh berjalan pergi ke tandas sendirian walaupun kami berpesan jangan sebab paru-parunya masih belum kuat,” katanya

“Nanad masih perlu berehat panjang demi kekuatan paru-paru yang luka ketika pendarahan tempoh hari,” katanya. 

Sementara itu, kerana kasihan dan menghormati keluarga Nad, Shahrulezad akui sudah tidak lagi memuat naik perkembangan terkini mengenai pelakon itu di media sosial.

“Saya lama tidak berkongsi perkembangan Nanad kerana kasihankan keluarganya. Selain Nanad, kesihatan mental keluarga Nanad juga menjadi keutamaan kami.

“Saya perasan setiap kali berkongsi perkembangan Nanad, pasti wujud rantaian berita bukan-bukan dan menyakitkan hati kami terutama orang tua Nanad.

“Nanad anak tunggal, jadi, apabila berita yang bukan-bukan bersepah sana-sini, bayangkan macam manalah perasaan keluarga Nanad berdepan fitnah seorang diri.

“Percayalah, Nanad dalam keadaan baik sekarang berkat doa kita semua yang sayangkan dirinya,” jelasnya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Duit lesap, pengarah ‘ghaib’, Wafariena tak halalkan upah puluhan ribu

PELAKON Wafariena Roslan mendedahkan dirinya masih belum menerima baki bayaran lakonan daripada sebuah syarikat produksi drama walaupun sudah hampir...

More Articles Like This