PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat beberapa pengumuman berkaitan isu banjir yang melanda Terengganu dan Kelantan ketika ini.
Perkara itu akan diumumkan sewaktu lawatan Perdana Menteri ke Kelantan, petang ini.
Menurut Perdana Menteri, soal berkaitan bencana banjir menjadi tumpuan utama mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini.
Kata beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun membuat lawatan semalam dan membuat laporan kepada Kabinet.
“Saya telah mendengar pandangan di lapangan dan kerajaan negeri dengan pandangan juga telah dikemukakan untuk melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Dari segi kebajikan dan bantuan serta penglibatan lebih besar daripada agensi dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Beberapa kemudahan sedia ada juga akan dimanfaatkan untuk maksud itu,” katanya.
Baca artikel berkaitan: PM ke Kelantan esok pantau situasi banjir
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyaurat Jemaah Menteri, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan terus memberi tumpuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat.
Katanya, ia susulan mandat besar terhadap kepemimpinan Anwar dalam sidang Dewan Rakyat berlangsung selama dua hari, Isnin lalu.
“Saya ucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kerana usul dibawa beliau diterima baik hampir sebulat suara pada hari berkenaan walaupun kalau ada pengundian dua pertiga itu terjamin.
“Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua parti dalam Kerajaan Perpaduan dan kebetulan dalam kes ini tidak ada yang membantah daripada pembangkang,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

