
PENYERANG berbisa Thailand, Adisak Kraisorn sah menjadi milik Terengganu FC bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2023 tidak lama lagi.
Pemain berusia 31 tahun itu merupakan pemain import ketiga Terengganu FC selepas skuad Penyu menyambung kontrak pemain tengah Bahrain, Habib Haroon dan menandatangani Sony Norde.
Adisak yang beraksi bersama kelab Muangthong United di liga utama Thailand sebelum ini menandatangani kontrak bersama Terengganu FC selama dua tahun.
Menurut Terengganu FC, Adisak akan mengisi kuota pemain import ASEAN yang ditinggalkan pemain Filipina, Manuel Ott.
“Adisak memutuskan berhijrah dari liga Thailand untuk mendapatkan cabaran baharu dan melihat saingan Liga Malaysia antara salah sebuah liga kompetitif di Asia Tenggara.
Baca artikel berkaitan: Steinbruckner ganti Nafuzi kendali Terengganu FC
“Seperti yang kita tahu pasukan Terengganu FC adalah antara pasukan yang sangat dikenali bukan sahaja di Malaysia tetapi di Thailand dan melihatkan pasukan ini mempunyai satu aura berbeza,” katanya.
Pemain lincah berketinggian 1.83 meter itu bakal menyarung jersi bernombor sembilan yang ditinggalkan penyerang Liberia, Kpah Sherman.
Berdasarkan rekod, penyerang kelahiran Buriram itu pernah memenangi gelaran penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF pada tahun 2018.
Adisak yang kini membantu negaranya dalam saingan Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 juga pernah menjulang trofi berkenaan pada tahun 2014 dan 2020.
Pemain yang mempunyai 49 kaps bersama skuad Gajah Putih dengan menjaringkan 19 gol itu pernah menyarung jersi kelab ternama Thailand iaitu Phuket FC, Buriram United FC, BEC Tero Sasana FC dan Port FC.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram