Tanah runtuh Batang Kali: Empat lagi mayat ditemukan, jumlah korban cecah 30

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

HARI ketujuh operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali menyaksikan empat lagi mayat ditemukan setakat pukul 11 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan Bahagian Pengurusan Korporat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) menerusi hantaran Facebook, sebentar tadi.

Menurut hantaran tersebut, empat mayat itu masing-masing merupakan seorang kanak-kanak perempuan; seorang kanak-kanak lelaki; seorang wanita dan seorang lelaki.

Katanya, kesemua mayat berkenaan ditemukan di Sektor C iaitu di sekitar kawasan Riverside.

Penemuan itu menjadikan tiga lagi mangsa yang masih hilang.

Baca artikel berkaitan: Seminggu berlalu, operasi SAR diteruskan kesan tujuh lagi mangsa

“Ini menjadikan jumlah mangsa korban tanah runtuh yang berjaya ditemui adalah sebanyak 30 orang.

“Operasi SAR ini yang telah masuk hari ketujuh akan diteruskan lagi bagi mencari baki mangsa yang belum dijumpai,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Setakat ini, daripada 30 mangsa yang disahkan meninggal dunia, enam adalah lelaki dewasa, 14 wanita dewasa dan 10 kanak-kanak iaitu enam lelaki serta empat perempuan.

Operasi yang memasuki hari ketujuh bersambung semula pada kira-kira 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan pada pukul 10 malam semalam.

Daripada keseluruhan 94 mangsa terlibat, 29 kanak-kanak dan 65 dewasa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This