Tengku Zafrul dilantik sebagai AJK UMNO Bahagian Kota Raja

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

MENTERI Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Raja semalam.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja, Mohd Zaffarollah Mohd Nordin kepada UtusanTV pagi tadi.

Menurut Mohd Zaffarollah, pelantikan itu dilakukan ketika Majlis Taklimat Penerangan Isu-Isu Semasa yang dihadiri 180 pemimpin dan ahli UMNO semalam.

Katanya, UMNO Bahagian Kota Raja sememangnya mengalu-alukan kehadiran Tengku Zafrul yang dilihat mampu membawa nafas baharu dalam arena politik negara ketika ini.

“Kita mengalu-alukan kehadiran Tengku Zafrul kerana ianya boleh menjadi tonik baharu untuk akar umbi terus berjuang bersama UMNO khususnya di Kota Raja.

“Beliau juga dilihat mampu menjadi ikon baharu anak muda di Kota Raja,” katanya kepada UtusanTV.

Baca lagi: Dana RM600 bilion: Kenapa PM tak tanya Tengku Zafrul?

Mengulas lanjut, Mohd Zaffarollah berkata, UMNO Bahagian Kota Raja amat beruntung kerana mempunya dua menteri yang berkhidmat dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.

Jelas beliau, perkara itu menjadi kelebihan untuk rakyat di dalam Kota Raja menerima manfaat lebih besar terutama dalam soal kebajikan, pembangunan dan infrastruktur.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This