Pendirian Taliban sekat wanita masuk universiti bercanggah prinsip Islam

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PENDIRIAN Taliban mengharamkan wanita Afghanistan untuk melanjutkan pelajaran di universiti jelas bercanggah dengan prinsip Islam.

Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata, tindakan dilakukan pihak berkuasa Afghanistan itu juga bercanggah dengan ‘desakan’ supaya lelaki dan wanita menuntut ilmu.

Sambil menyatakan kekesalan beliau dengan tindakan tersebut, Zulkifli menegaskan pendidikan adalah hak dan kewajipan untuk semua tidak kira jantina.

Malah, kata beliau, hadis Nabi Muhammad jelas menyatakan bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim.

“Hadis itu jelas menyatakan bahawa menuntut ilmu itu wajib (fardu) bagi semua orang Islam tidak kira lelaki atau perempuan.

“Perkataan ‘setiap’ (kullu) adalah sebahagian daripada ungkapan umum, ia merujuk kepada semua orang Islam, lelaki dan perempuan.

“Tiada diskriminasi dalam Islam. Ia juga membayangkan bahawa menjana dan mengajar ilmu bukan sahaja dilakukan oleh lelaki tetapi juga wanita,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Baca artikel berkaitan: Zulkifli doakan objektif penubuhan MN dipermudahkan

Mengulas lanjut, Zulkifli yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menegaskan, tindakan Taliban itu sama sekali tidak memihak kepada Islam dan menimbulkan lebih banyak salah faham serta Islamofobia sekali gus mencetuskan gabungan prasangka, ketakutan dan kebencian terhadap umat Islam serta agama itu sendiri.

Jelas beliau, cendekiawan wanita muslim memainkan peranan penting dalam sejarah awal Islam termasuk A’ishah binti Abu Bakar; Ummu Salamah binti Abu Umayyah; Hafsah binti Umar dan ramai lagi.

“Mereka adalah sahabat wanita Nabi Muhammad dengan sebahagian daripada mereka menjadi rujukan dan pengajar kepada sahabat Nabi lelaki dan wanita yang lain.

“Perlu diperhatikan bahawa al-Dhahabi telah menyenaraikan lebih daripada 160 ulama lelaki muslim terkemuka yang belajar daripada A’isyah iaitu isteri Nabi yang pakar tafsir al-Quran, hadis dan perundangan Islam.

“Saya menggesa pihak berkuasa Afghanistan untuk mempertimbangkan semula keputusan mereka kerana kebenaran lebih wajar diikuti,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi Taliban, Nida Mohammad Nadim mempertahankan keputusan mengharamkan wanita mengikuti pengajian di universiti, tindakan yang mencetuskan bantahan dunia.

Nadim berkata, larangan dikeluarkan awal minggu ini perlu bagi mengelak percampuran jantina di universiti selain percaya beberapa subjek yang diajar melanggar prinsip Islam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MCA bidas Nga Kor Ming kaitkan Najib dengan PRN Johor

MCA menyifatkan tindakan Timbalan Pengerusi DAP, Nga Kor Ming mengaitkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan hukuman penjara...

More Articles Like This