Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditangguhkan sementara petang ini

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari kelapan mengesan seorang lagi mangsa terakhir, ditangguhkan sementara ekoran hujan lebat di lokasi pencarian petang ini.

Bercakap kepada Bernama, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Suffian Abdullah berkata ia ditangguhkan pada 5.30 petang tadi atas faktor keselamatan anggota penyelamat yang terlibat.

Beliau juga tidak menolak SAR akan disambung semula bila-bila masa hari ini selepas keadaan bertambah baik.

Baca artikel berkaitan: Tanah runtuh Batang Kali: Bedah siasat 4 mayat selesai

Tinjauan Bernama di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK) setakat 5.55 petang ini mendapati hujan masih lebat dan keadaan berkabus di kawasan sekitar, manakala anggota penyelamat yang terlibat SAR dilihat berlindung di pos kawalan bomba menunggu cuaca reda.

Selain mangsa terakhir dipercayai seorang kanak-kanak lelaki yang masih hilang, tragedi tanah runtuh yang berlaku pada 2.42 pagi Jumaat lepas itu setakat ini menyaksikan 61 selamat, manakala 30 nyawa terkorban daripada keseluruhan 92 mangsa yang dilaporkan terbabit.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This