SEBANYAK 472 kawasan di lima wilayah Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 7 pagi tadi.
Perkara itu dimaklumkan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini.
Menurut Air Selangor, gangguan bekalan air tidak berjadual itu berpunca daripada henti tugas sementara Loji Rawatan Air Sungai Semenyih (LRA Sungai Semenyih) dan LRA Bukit Tampoi.
Katanya, kejadian itu berlaku ekoran insiden pencemaran bau di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir.
Air Selangor memaklumkan, 472 kawasan itu membabitkan 172 kawasan di Petaling; 54 kawasan Hulu Langat; 196 di Sepang; Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan).
“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.
“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.
Baca artikel berkaitan: LRA Langat 2 henti tugas, 397 kawasan Lembah Klang alami gangguan air
“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di pusat bantuan yang boleh didapati di www.airselangor.com.my dan aplikasi Air Selangor,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.
Antara kawasan terjejas di Petaling adalah Bandar Baru Sri Petaling, Bandar Bukit Puchong dan Bukit Jalil manakala Hulu Langat termasuk Bangi, Rinching Hilir serta Beranang.
Sepang meliputi Cyberjaya, Jenderam Hilir, Salak Tinggi, Taman Tasik Puchong, Taman Suria Tropika, Taman Desa Sentosa, Taman Indah KLIA, Taman Meranti Jaya dan Symphony Hills.
Kuala Langat di Kampung Olak Lempit, Taman Seri Dagang serta Bandar Rimbayu manakala Putrajaya meliputi Presint 1 hingga 20, Taman Botani dan Dataran Putra.
Air Selangor bagaimanapun tidak memaklumkan tempoh gangguan tersebut akan berlaku.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

