MEMASUKI hari kesembilan, pencarian mangsa terakhir tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Batang Kali diteruskan hari ini.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mencari mangsa terakhir itu dimulakan sejak pukul 8 pagi tadi.
Malam tadi, operasi SAR bagi mengesan mangsa terakhir itu ditangguhkan pada pukul 11 malam.
Walaupun cuaca baik, namun operasi berkenaan ditangguhkan sementara atas faktor keselamatan dan bersambung semula pagi ini.
Operasi mencari mangsa dipercayai seorang kanak-kanak lelaki difahamkan dijalankan pasukan SAR dengan tumpuan pencarian difokuskan di kawasan Sektor C atau Riverside.
Baca artikel berkaitan: Identiti 30 mangsa tanah runtuh Batang Kali dikenal pasti
Tragedi tanah runtuh yang berlaku pada pukul 2.42 pagi 16 Disember lalu itu setakat ini menyaksikan 61 terselamat, 30 nyawa terkorban manakala seorang lagi masih hilang daripada keseluruhan 92 mangsa dilaporkan terlibat.
Identiti kesemua 30 mangsa yang ditemukan meninggal dunia itu telah dikenal pasti.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), kombinasi empat kaedah digunakan bagi mengenal pasti mangsa iaitu padanan asid deoksiribonukleik (DNA), cap jari, gigi dan pengecaman oleh waris termasuk pada barangan peribadi serta tanda unik pada badan mangsa
Proses bedah siasat untuk semua mayat juga selesai dan mayat telah diserahkan kepada waris oleh Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

