
NEGARA mengalami kerugian sebanyak RM7.4 bilion kesan daripada kemusnahan harta benda dan kemudahan awam akibat banjir dari tahun 2017 hingga 2021.
Jabatan Pengairan Saliran Malaysia (JPS) dan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan, pada tahun 2017, kerugian dicatatkan adalah sebanyak RM63 juta diikuti RM44.2 juta (2018); RM26.5 juta (2019); RM1.15 bilion (2020) dan RM6.1 bilion (2021).
Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abd Latiff berkata, jumlah kerugian itu dijangka meningkat pada tahun mendatang.
“Saya menjangkakan jumlah kerugian akan terus meningkat setiap tahun kerana beberapa faktor iaitu peningkatan populasi rakyat yang akan menyebabkan lebih banyak bangunan dibina berdekatan sungai dan lereng bukit serta penerokaan kawasan yang berhutan dan berbukit.
“Ini menyebabkan tanah mendapan sungai yang semakin menebal mengakibatkan sungai menjadi cetek dan mudah melimpah melepasi paras tebing,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Baca artikel lain: Kubur di Sibu diceroboh, dirosak
Prof Ahmed Razman berkata, penerokaan hutan simpan secara haram juga di antara punca penyumbang kepada faktor bencana tersebut.
“Ini ditambah dengan sistem saliran dan perparitan di negara ini yang masih tidak mampu menampung limpahan air yang luar biasa.
“Kena ada kajian menyeluruh mengenai sistem perparitan ini, kalau kawasan perumahan baharu mesti ada kolam tadahan dan kawasan yang boleh menjadi penampan air bagi mengelak banjir berlaku,” katanya.
Tambah beliau, untuk mengatasi kerugian ini, kerajaan Persekutuan harus bekerjasama dengan semua pihak termasuk kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram