Tanah runtuh Batang Kali: Operasi SAR ditamatkan secara rasmi 12 tengah hari – KPN

Dari Penulis

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tragedi tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, yang bermula 16 Disember lepas, ditamatkan secara rasmi pada 12 tengah hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata keputusan berkenaan dibuat setelah polis mengesahkan tiada lagi mangsa yang terlibat atau hilang dalam kejadian itu.

“Polis memuktamadkan mangsa tanah runtuh yang terlibat adalah seramai 92 orang iaitu masing-masing 61 selamat dan 31 meninggal dunia.

Baca artikel lain: LRA Sungai Semenyih kembali beroperasi

“Hanya urusan teknikal sahaja masih diteruskan di lokasi kejadian melibatkan agensi seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan Ukur dan Pemetaan, Jabatan Mineral dan Geosains dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media khas di Pos Kawasan Tempat Kejadian (PKTK), hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This